11.02.2025 | MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN JPP PHT SESI 2025/2026
 
Telah berlangsung satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Politeknik Hulu Terengganu bagi Sesi 2025/2026. Majlis penyerahan watikah ini telah berlangsung pada 10.02.2025 bertempat di Mini Auditorium Pintar.
Ketika majlis ini berlangsung, semua Ahli JPP PHT bagi Sesi 2025/2026 telah secara rasmi menerima watikah pelantikan mengikut portfolio masing-masing. Barisan JPP PHT yang diketuai oleh Yang Dipertua, Saudara Nazri Irwan bin Nasir telah bersama-sama memimpin membaca Lafaz Ikrar ketika majlis penyerahan watikah ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah PHT, Haji Azahan bin Haji Daud. Terima kasih diucapkan kepada barisan Pengurusan PHT yang turut bersama-sama menyaksikan majlis pada kali ini. Selamat menjalankan amanah kepada barisan JPP PHT bagi Sesi 2025/2026. Selamat maju jaya.