Pengenalan

Bermula tahun 2010 telah diwujudkan Unit Pengurusan Kualiti iaitu Unit Jaminan Kualiti. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Jaminan Kualiti dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai lain.  Fungsi unit ini adalah sebagai penyelaras dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti yang berkesan dapat dilaksanakan di Politeknik Hulu Terengganu.

Bermula Julai 2018 Politeknik Hulu Terengganu telah dikurniakan persijilan MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM QAS.

 

Dasar Kualiti Politeknik Hulu Terengganu

i. Politeknik Hulu Terengganu komited untuk membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang Perdagangan dan Pelancongan & Hospitaliti melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Politeknik Hulu Terengganu berusaha untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

ii. Politeknik Hulu Terengganu beriltizam menangani kecemerlangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berlandaskan kepada MS ISO 9001:2015 serta memastikan penambaikan berterusan demi memastikan kesesuaiannya.

 

Objektif Kualiti Politeknik Hulu Terengganu:

i. Kecemerlangan Akademik

  1. Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program melebihi 85% bagi setiap semester.
  2. Berusaha memastikan 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.

ii. Kecemerlangan Staf

  1. Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 7 hari setahun (bergantung arahan daripada JPPKK dari masa ke semasa).
  2. Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan melebihi 80% dalam tempoh setahun.

iii. Kecemerlangan Proses

  1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.