Pengenalan

Perakaunan adalah proses mengembangkan dan menyampaikan maklumat kewangan mengenai organisasi perniagaan atau bukan perniagaan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, kerajaan, bank, pemiutang dan pihak lain yang berkaitan. Perakaunan juga membantu membuat keputusan ekonomi dan perniagaan. Oleh itu, keperluan kepada graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam perakaunan adalah mustahak untuk memenuhi tugas tersebut. Di samping itu, pengembangan pasaran global telah menjadikannya masa yang tepat untuk mencari pekerjaan dalam bidang perakaunan. Oleh kerana pertumbuhan ekonomi yang pesat, Malaysia memerlukan kira-kira 65,000 akauntan menjelang tahun 2020.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengambil inisiatif untuk memenuhi permintaan ini dengan menawarkan program Diploma Akauntansi (DAT). Adalah menjadi harapan JPPKK untuk memberikan kemajuan kerjaya dalam disiplin perakaunan untuk memenuhi keperluan negara dan global.

Jabatan Perdagangan, Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah menawarkan Diploma Akauntansi bermula pada tahun 2008 dengan pengambilan pertamanya di bangunan Politeknik Sultan Zainal Abidin (PSMZA). Seterusnya pada tahun 2010 di bangunan MDHT di Kuala Berang dan berpindah ke kampus tetap di Kuala Jeneris, Hulu Terengganu pada 19 Julai 2020.

Jabatan Perdagangan PHT diketuai oleh seorang Ketua Jabatan iaitu Puan Norimah Binti Annuar @ Mohd Tahir dan di bantu oleh seorang Ketua Program iaitu Puan Sunita Binti Embong. Jabatan ini  mempunyai 14 orang staf yang kompentan daripada pelbagai latar belakang bidang pendidikan seperti ijazah sarjana muda perakaunan, ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan, ijazah sarjana muda pengurusan pemasaran, ijazah sarjana muda kewangan, ijazah sarjana muda kewangan islam, ijazah sarjana muda ekonomi dan ijazah sarjana muda matematik.

 

PHT Incubator Resources

PHT Incubator Resources ialah Program Inkubator Jabatan Perdagangan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar. Program ini melibatkan projek Perakaunan dan Projek Keusahawanan yang diselaraskan oleh beberapa orang pensyarah dan ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan. Projek Perakaunan akan dibahagikan pula kepada dua bahagian iaitu Projek Perakaunan dan Projek Rancangan Perniagaan.

 

 Projek Rancangan Perniagaan

Projek  ini adalah perkhidmatan penyediaan Rancangan Perniagaan kepada usahawan luar yang memerlukan perkhidmatan menyediakan Rancangan Perniagaan. Rancangan Perniagaan ini akan membantu para usahawan dalam mendapatkan kelulusan bantuan kewangan, peralatan dan pinjaman daripada pihak berkaitan. Projek ini akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar dan diselia oleh pensyarah. Perkhidmatan ini akan dikenakan sedikit bayaran kepada pihak usahawan tersebut.

 

Projek Keusahawanan

Projek ini melibatkan penyediaan kiosk-kiosk jualan dan penyewaan gerai jualan. Kiosk jualan akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar  di bawah kursus MPU22012: Entrepreneurship. Pelajar akan diberi peluang untuk menguruskan sendiri kiosk jualan dengan dipantau oleh pensyarah berkaitan.

 

  • Objektif Program
    • Memberi pendedahan kepada pelajar dalam menyediakan kerja-kerja perakaunan dan rancangan perniagaan.
    • Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam menguruskan sesuatu perniagaan.
    • Memberi pendedahan kepada pelajar untuk berurusan dengan pelanggan.
    • Memberi pendedahan dan mencungkil bakat keusahawanan dikalangan pelajar.
    • Menarik minak pelajar untuk menceburi bidang perkhidmatan dan perniagaan selepas tamat pengajian.

 

  • Aktiviti
    • Kursus Asas Simpan Kira untuk komuniti.
    • Kursus Perakaunan Berkomputer Autocount untuk komuniti.
    • Kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan untuk komuniti.
    • Khidmat Masyarakat Bimbingan Akaun Perniagaan kepada komuniti.

 

  • Impak Program
    • Pelajar mendapat pendedahan situasi sebenar (simulasi) membuat kerja-kerja perakaunan dan penyediaan Rancangan Perniagaan (RP).
    • Pelajar mendapat ilmu menghasilkan Rancangan Perniagaan yang bermutu bagi memudahkan mereka mendapat bantuan kewangan dan pinjaman untuk perniagaan.
    • Pelajar boleh menimba ilmu sebelum diaplikasikan semasa menjalani Latihan Industri.
    • Pelajar mendapat latihan dan pendedahan menjadi seorang usahawan.
    • Pelajar dapat menjana pendapatan.