Unit Pengurusan Aset
- Details
- Webmaster
- Hits: 1732
Pengenalan
Unit Pengurusan Aset (UPA) telah ditubuhkan di Politeknik Hulu Terengganu (PHT) yang berperanan penting membantu Ketua Jabatan dalam Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup (Tumbuhan, Haiwan dan Ikan), Stor dan Aset Tak Ketara Kerajaan seperti yang ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia.
Selaras dengan 1Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM 1.1 Pengurusan Aset Kerajaan di para 4, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan aset Kerajaan dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Fungsi / Peranan
- Bertanggungjawab untuk menguruskan semua Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara Kerajaan dan Stor di PHT yang meliputi:
- Penerimaan
- Pendaftaran
- Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
- Penyelenggaraan
- Pelupusan
- Kehilangan dan Hapus Kira
- Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) di peringkat PHT.
- Mengemukakan Laporan Suku Tahun Mesyuarat JKPAK di peringkat PHT kepada JPPKK untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK peringkat JPPKK pada setiap tiga (3) bulan sekali.
- Mengemukakan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup (Tumbuhan, Haiwan dan Ikan), Stor dan Aset Tak Ketara kepada Kementerian sebelum atau pada 15 Februari tahun berikutnya.