Politeknik Hulu Terengganu atau dengan singkatannya PHT merupakan salah sebuah politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memulakan operasi pada 2 Mei 2008. PHT memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik  Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan 2 program iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti. PHT telah berpindah ke Daerah Hulu Terengganu dengan menyewa sebuah bangunan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) yang terletak di Bandar Kuala Berang. Mulai 19 Julai 2020 Politeknik Hulu Terengganu telah mula beroperasi di kampus baharunya yang tersendiri di Kuala Jeneris Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman dengan menawarkan 4 program utama iaitu Diploma Perakaunan (DAT), Diploma Pengurusan Resort (DHR), Diploma Pengurusan Pelancongan dan Reakreasi (DRT) dan Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP).