SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK (SPAk) diwujudkan sebagai satu medium perhubungan yang sistematik di antara pelajar dan Penasihat Akademik berinteraksi antara satu sama lain. Tujuan SPAk adalah untuk memperkasakan peranan PA dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelajar politeknik. Selain itu, SPAk berperanan untuk memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai pencapaian kurikulum dan kokurikulum berpandukan Modul Inspirasi Diri (MInD). SPAk juga bertujuan untuk membangunkan personaliti unggul dan berkualiti bagi mencapai kecemerlangan akademik, kemahiran generik dan kesediaan kendiri dalam kerjaya.

Sistem ini turut melibatkan Pegawai Psikologi (PPsi), Pegawai dari Unit Teknologi Maklumat, Pegawai dari Unit Collaboration, Industrial Services and Employment Centre (CISEC), Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta warga politeknik amnya untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan mengatur strategi bagi mencapai kecemerlangan akademik dan rohani. Pelajar akan diselia dan dibimbing oleh Penasihat Akademik yang dilantik dalam kalangan pensyarah dari Jabatan Induk dan Jabatan Sokongan Akademik sepanjang pelajar menjadi pelajar politeknik bagi membangunkan modal insan holistik dan seimbang, bercirikan keusahawanan, selari dengan industri serta memenuhi aspirasi negara seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025). 

 

MATLAMAT KEWUJUDAN SPAk:

1. SPAk Politeknik diwujudkan agar pelajar berupaya:

  1. merancang pengajian, menyusun struktur pembelajaran dan aktiviti ke arah meningkatkan pencapaian kurikulum dan kokurikulum;
  2. mengenal pasti potensi diri dan mengatasi kelemahan diri;
  3. mempelbagaikan kemahiran insaniah bagi mencapai matlamat diri; dan
  4. mendapat pendedahan mengenai laluan kerjaya dan melengkapkan diri dalam menghadapi alam pekerjaan.

2. Matlamat Dokumen Pelaksanaan SPAk diwujudkan adalah sebagai: 

  1. rujukan utama bagi pelaksanaan dan pengendalian aktiviti SPAk oleh PA di politeknik;
  2. panduan bagi memenuhi ketetapan sasaran kerja pelaksanaan SPAk di politeknik;
  3. pembimbing kepada PA dalam mempelbagaikan kaedah interaksi dengan pelajar bagi memenuhi kriteria penetapan peruntukan jam pertemuan PA bersama pelajar setiap minggu [minimum SATU (1) jam seminggu]; dan
  4. alat bantuan PA bagi mencungkil potensi diri pelajar dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah keperibadian yang lebih holistik.

3. Sasaran Pencapaian SPAk

 a) Sasaran Pencapaian SPAk yang perlu dipenuhi oleh politeknik adalah seperti berikut:

        i. PA perlu memastikan pelajar di bawah seliaan melaksanakan Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan SPAk mengikut sasaran yang ditetapkan; dan

       ii. PA melaksanakan aktiviti mingguan SPAk serta melengkapkan Laporan Pemantauan Pelaksanaan SPAk. 

PERANAN PENASIHAT AKADEMIK (PA)

  1. Membantu membina matlamat, akademik, kerjaya dan jati diri.
  2. Membantu merancang dan menyusun struktur program serta memantau pendaftaran kursus sepanjang pengajian.
  3. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan kehadiran serta memantau kepatuhan pelajar terhadap peraturan-peraturan yang berkaitan.
  4. Mengemaskini dokumen atau rekod di dalam Fail Penasihat Akademik secara bercetak atau secara atas talian (seperti di dalam Modul i-Pad SPMP).
  5. Memantau dan memberi maklum balas mengenai perkembangan dan pencapaian hasil pembelajaran melalui perjumpaan sekurang-kurang SATU (1) jam seminggu.
  6. Mengenalpasti pelajar yang perlu dirujuk kepada pihak yang berkenaan.
  7. Pemudahcara domain yang berkaitan dalam Modul Inspirasi Diri (MInD).

TANGGUNGJAWAB PENASIHAT AKADEMIK (PA)

  1. Menerima lantikan sebagai PA bagi kelas yang telah ditetapkan;
  2. Melaksanakan pertemuan PA dengan pelajar sekurang-kurangnya satu (1) jam seminggu;
  3. Memastikan pelajar di bawah seliaan membuat Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan SPAk;
  4. Melengkapkan Laporan Pemantuan SPAk Minggu 8 dan Minggu 14;
  5. Membantu membina matlamat, akademik, kerjaya dan jati diri pelajar;
  6. Membantu merancang dan menyusun struktur program serta memantau pendaftaran kursus sepanjang pengajian;
  7. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan kehadiran serta memantau kepatuhan pelajar terhadap peraturan-peraturan yang berkaitan;
  8. Mengemaskini dokumen atau rekod di dalam Fail Penasihat Akademik secara bercetak atau secara atas talian (iPAd);
  9. Mengenal pasti pelajar yang perlu dirujuk kepada pihak yang berkenaan;
  10. Pemudah cara domain-domain yang berkaitan dalam Modul Inspirasi Diri (MInD);
  11. Mengurus sistem iPAd (Menu Penasihatan Akademik):
  • Pilih pelajar di bawah PA
  • Semakan pelajar di bawah PA
  • Kemaskini Maklumat pelajar
  • Borang maklumat ibubapa pelajar
  • Penilaian Keberkesanan SPAk
  • Reset kata laluan pelajar
  1. Mengemaskini Laporan Mingguan iPAd:
  • Mengisi laporan aktiviti mingguan
  • Kemaskini kehadiran
  • Kemaskini masalah pelajar
  • Membuat laporan pemantauan SPAk (Minggu 8 dan Minggu 14) 
  1. Mengurus Pendaftaran Kursus pelajar di iPAd:
  • Semakan pendaftaran kursus
  • Semakan pendaftaran keseluruhan kursus
  • Semakan jumlah jam kredit
  1. Menyemak Kehadiran Kursus di iPAd;
  2. Menyemak keputusan peperiksaan pelajar di iPAd;
  3. Semakan aduan terhadap pelajar di iPAd;
  4. Mengenal pasti pelajar yang perlu dirujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan; dan PA perlu menyimpan Fail PA sehingga pelajar bergraduat.