Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH)
- Details
- Webmaster
- Hits: 3437
Pengenalan
Industri pelancongan dan hospitaliti merupakan salah satu segmen ekonomi Malaysia yang kian pesat berkembang. Perluasan dan pertumbuhan produk pelancongan yang meningkat telah mencipta peluang kerjaya yang luas, bertujuan memenuhi keperluan pelanggan di tahap yang unggul dan berkualiti tinggi. Mereka yang bekerja dan terlibat dalam industri ini haruslah sentiasa kompeten; tidak hanya dalam kemahiran teknikal malah dalam kemahiran interpersonal.
Sesuai dengan matlamat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia (MoE) telah memperkenalkan kursus pelancongan dan hospitaliti dalam program pendidikan Politeknik Malaysia. Kursus hospitaliti mula diperkenalkan pada tahun 1998 di Politeknik Johor Bahru (PJB) di Jabatan Hospitaliti & Fesyen (JHF), bertukar kepada Jabatan Hospitaliti (JH) pada tahun 2005 dan kemudian sebagai Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) pada 1 Januari 2011. Politeknik Hulu Terengganu (PHT) melalui Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) menawarkan Diploma Pengurusan Pelancongan bermula tahun 2008 dengan pengambilan pertama di bangunan Politeknik Sultan Zainal Abidin (PSMZA), seterusnya di bangunan MDHT, Kuala Berang dan berpindah secara tetap ke kampus tetap di Kuala Jeneris.
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti berhasrat untuk menjadi sebuah jabatan yang cemerlang dan progresif serta mampu melahirkan pelajar yan berpengetahan, kompeten, memiliki nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab serta kreatif selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bermula 2021, JPH PHT akan mempunyai TIGA (3) program diploma iaitu Diploma Pengurusan Resort (DHR), Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) dan Diploma Pengurusan Rekreasi (DRT) dengan kapasiti penuh seramai 600 orang pelajar dalam kampus di akhir tahun 2023. Ini akan dapat memberikan gambaran yang lebih tepat terhadap program pengajian yang ditawarkan di jabatan ini seperti yang disarankan oleh industri dan selaras dengan kepentingan industri pelancongan terhadap negara.
Transformasi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
Selaras dengan Transformasi Pengajian Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Pengajian Politeknik telah menjenamakan semula semua Jabatan Hospitaliti disemua politeknik terlibat kepada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti berkuatkuasa 1 Jan 2011. Ini akan dapat memberikan gambaran yang lebih tepat terhadap program pengajian yang ditawarkan di jabatan ini seperti yang disarankan oleh industri dan selaras dengan kepentingan industri pelancongan terhadap negara.