Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL)
- Details
- Webmaster
- Hits: 1539
Pengenalan
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Bertanggungjawab untuk merancang, menganjur serta melaksanakan pelbagai program pembangunan latihan staf untuk mengenalpasti serta meningkatkan ilmu pengetahuan staf. Unit ini terlibat untuk mengemaskini semua maklumat kursus /latihan yang dihadiri oleh staf Politeknik Hulu Terengganu. Diamping itu bertindak memantau keberkesanan program-program pembangunan sumber manusia yang dijalankan agar dapat meningkat kualiti perkhidmatan di PHT.
Objektif
- Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 7 hari setahun (bergantung arahan daripada JPP dari masa ke semasa).
- Memastikan sekurang-kurangnya 70% daripada kursus yang dilaksanakan adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan, penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan peningkatan kompetensi.
- Melaksanakan Program Pendidikan Sepanjang Hayat mengikut keperluan dan permintaan.