Pusat Teknologi (CoT)
- Details
- Webmaster
- Hits: 1166
Pengenalan
Bermulanya tahun 2016, pihak JPP (Jabatan Pengurusan Politeknik) telah mengarahkan Politeknik Hulu Terengganu untuk melaksanakan dan menuju ke arah penarafan Centre of Technology (CoT) berpaksikan bidang tujahan Pelancongan. COT di politeknik pula merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang tujahan atau niche area di politeknik digunakan atau diaplikasi melalui pemberian perkhidmatan kepakaran, pelaksanaan penyelidikan dan inovasi,serta peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Konsep COT Politeknik diadaptasi daripada konsep Pusat Kecemerlangan of Excellence (COE) yang dibangunkan di universiti. Pelaksanaan COT di PHT juga lebih kepada dokumentasi bidang tujahan bagi penarafan sebenar COT.
Objektif
- Pengdokumentasian yang lengkap untuk tujuh elemen yang ditetapkan bagi penarafan COT.
- Membudayakan perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam bidang tujahan.
- Mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri berkaitan bidang tujahan.
- Menggalakkan penulisan dan penerbitan ilmiah berkaitan bidang tujahan.
- Meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan sama ada peringkat dalam Negara atau luar Negara dalam bidang berkaitan bidang tujahan.
- Menjana pendapatan melalui aktiviti-aktiviti khidmat kepakaran, pemghasilan penyelidikan dan perkongsian pengetahuan dalam bidang tujahan.