Sejarah PHT
- Details
- Webmaster
- Hits: 2328
LATARBELAKANG
Politeknik Hulu Terengganu atau dengan singkatannya PHT merupakan salah sebuah politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memulakan operasi pada 2 Mei 2008.
TAHUN 2008
PHT memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.
TAHUN 2010
PHT telah berpindah ke Daerah Hulu Terengganu dengan menyewa sebuah bangunan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) yang terletak di Bandar Kuala Berang. Sehingga kini PHT masih kekal dibangunan ini sehingga kampus tetap PHT siap sepenuhnya.
TAHUN 2019 - KINI
Kampus Baharu PHT telah siap sepenuhnya pada Jun 2019. Kampus Tetap PHT ini beralamat di Jalan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Kuala Jeneris, 21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.
MANTAN PENGARAH-PENGARAH PHT:
TN. HJ. MOHD SA'AT BIN ABDUL TN. CHE KU AMRAN BIN CHE KU ALI TN. ABD. RAZAK BIN SADLI TN. HJ. WAN MOHD HUJJATULLAH BIN WAN GHAZALI, A.N.S
(TAHUN 2008 - 2010) (TAHUN 2010 - 2012) (TAHUN 2012 - 2017) (TAHUN 2018 - 2021)