Pengenalan

Unit Peperiksaan Politeknik Hulu Terengganu (UPep PHT) berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan penilaian dan peperiksaan di jabatan-jabatan. Unit ini juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester, keputusan peperiksaan dan persijilan.

UPep PHT diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan DH41 dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik di setiap Jabatan.

 

Objektif

  • Menyediakan kertas peperiksaan bermula dengan penggubalan deraf item, penyemakan, pembetulan dan pemilihan oleh Jawatankuasa Panel Penilai Item Bank Soalan
  • Melaksanakan Peperiksaan Akhir iaitu persediaan jadual waktu, perlantikan ketua pengawas dan pengawas peperiksaan, urusan percetakan soalan dan memastikan perjalanan peperiksaan akhir berjalan lancar.
  • Memproses keputusan penilaian dalam tempoh dua minggu selepas semester pengajian berakhir.
  • Menguruskan urusan persijilan dengan menyiapkan/ mengeluarkan Diploma kepada pelajar yang telah menamatklan pengajian.