SESI PENYERAHAN TUGAS TPSA
- Details
- Webmaster
- Hits: 40


13.1.2025 - Sesi penyerahan tugas Timbalan Pengarah Sokongan Akademik di Politeknik Hulu Terengganu(PHT) telah dijalankan dengan jayanya di pejabat pengarah PHT. Jawatan yang sebelum ini disandang oleh En. Muhammad Fahmi Md. Sabri, telah diserahkan kepada En. Khairul Mohd Azemi, yang akan menanggung kerja Timbalan Pengarah Sokongan Akademik bermula 11 Januari 2025. Penyerahan tugas ini telah diberikan secara rasmi oleh Pengarah PHT, Haji Azahan Haji Daud. Pihak pengurusan Politeknik Hulu Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Muhammad Fahmi Md Sabri di atas dedikasi dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan ini. PHT juga mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Khairul Mohd Azemi dalam melaksanakan tanggungjawab baharu. Semoga peralihan ini terus menyumbang kepada kecemerlangan Politeknik Hulu Terengganu.