CISEC
- Details
- Webmaster
- Hits: 1320
Pengenalan
CISEC (Collaboration, industrial services and Employment Centre) berperanan sebagai pengesanan graduan, pemudahcara alumni, khidmat penasihatan kerjaya dan pendidikan lanjutan, perancangan dan persediaan ke alam pekerjaan serta perhubungan industri dan penempatan pekerjaan pelajar.
Objektif
1. Memastikan politeknik mencapai KSI 1 & KSI 4 seperti yang dirancang bagi tahun 2016-2020 iaitu: a) KSI 1: 85% kadar graduan boleh diambil bekerja; dan b) KSI 4: 100% semua prog pengajian dilaksanakan dengan kolaborasi industrI.( rujuk Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran CISEC 2018-JPP)
2. Memudahcara jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri
3. Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan
4. Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan politeknik
5. Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik.
6. Menyediakan khidmat nasihat kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan
7. Melaksanakan program-program yang dirancang oleh JPP dan Politeknik bagi meningkatkan GE seperti Program CEO Fakulti, IAC dan sebagainya
8. Memudahcara program pembelajaran bagi Kursus Secara Sambilan, Program PSH/PISH dan Signature Program