PERHIMPUNAN BULANAN FEBUARI 2025
- Details
- Webmaster
- Hits: 15
27.2.2025 | Majlis Perhimpunan Bulanan (PB) Februari 2025
Majlis PB kali ini adalah anjuran Jabatan Pelancongan & Hospitaliti bertempat di Mini Auditorium Pintar PHT. Majlis ini merupakan majlis rasmi yang menjadi platform bagi pihak Pengurusan Tertinggi PHT menyampaikan amanat berkaitan dengan tugas rasmi penjawat awam. Pengarah PHT, Tuan Haji Azahan Hj Daud menyampaikan ucapan dan amanat hampir satu jam. Turut hadir kedua-dua Timbalan, Dr. Abu Bakar Zakaria (TPA) dan Encik Khairul Mohd Azemi (TPSA).
Majlis kali ini diselitkan dengan penyampaian tazkirah Ihya' Ramadan oleh Ustaz Mohd Khairulazman Abu Bakar, Pensyarah Jabatan Pengajian Am. Turut diselitkan ialah penyampaian sumbangan makanan kepada pelajar daripada Primula Hotel.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pensyarah dan pegawai yang menyumbang bakti dalam pencapaian KPI Kajian Penilaian Outcome (KPO). Turut agenda ialah penyampaian sumbangan kepada kakitangan PHT yang baru sahaja mendapat cahaya mata dan staf yang ditimpa musibah.