Unit Pembangunan & Senggaraan (UPS)
- Details
- Webmaster
- Hits: 1255
Pengenalan
Unit Pembangunan dan Senggaraan berperanan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada warga PHT. Ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang dapat menjanjikan keselesaan, kesihatan dan keselamatan persekitaran fizikal PHT. Projek-projek pembangunan yang bersesuaian dilakukan secara berperingkat demi memenuhi keperluan semasa warga PHT.
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan fasiliti terbaik kepada staf dan para pelajar PHT.
- Merekabentuk dan mentadbir persekitaran PHT yang kondusif.
- Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi seluruh kemudahan infrastruktur PHT.