30.1.2023 - Warga kerja Politeknik Hulu Terengganu diketuai oleh Pengarah PHT, YBrs. Tn. Hj. Azahan Haji Daud mendengar Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi yang mana bersiaran secara langsung di FB Live MOHEOfficial pada hari ini 30.1.2023. Ahli Mesyuarat Pengurusan PHT telah mendengar perutusan tahun baharu tersebut di Bilik Mesyuarat Harmoni, PHT dan warga kerja PHT yang lain telah mendengar taklimat di jabatan dan unit masing-masing.