29.1.2023 - Taklimat bersama ibu bapa pelajar baharu telah diadakan secara bersemuka pada jam 12.00 tengahari dan tamat pada jam 1.00 petang bertempat di Dewan Batu Bersurat, Politeknik Hulu Terengganu.
Pengarah PHT, YBrs. Tn. Hj. Azahan Haji Daud telah menyampaikan taklimat tersebut. Taklimat ini bertujuan bagi menyampaikan maklumat berkenaan PHT dan disamping itu menjawab persoalan yang diajukan oleh ibu bapa atau waris pelajar. Turut hadir ke taklimat tersebut Timbalan Pengarah Akademik, Pn. Wan Norliana Wan Sulong, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Abdullah @Mat Yusof bin Yaacob serta ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua Unit di PHT.