7.2.2023 - Warga Politeknik Hulu Terengganu telah menyaksikan Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Tahun 2023 pada 7.2.2023, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UICT, PHT melalui pautan youtube dan WEBEX. Pengarah PHT, Haji Azahan Hj.Daud telah menerima Anugerah Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (P64) terbaik tahun 2022 dalam majlis ini di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar yang mana telah disaksikan oleh warga PHT dan juga seluruh warga JPPKK secara dalam talian. PHT juga telah menerima sumbangan Misi Bantuan Monsun Timur Laut JPPKK Tahun 2022 dalam majlis ini. Tahniah kepada semua warga Politeknik Hulu atas penglibatan secara langsung atau tidak langsung dalam anugerah ini serta terima kasih warga JPPKK atas sumbangan yang telah diberikan.