9.1.2023 - Pengarah PHT, YBrs. Tn. Hj. Azahan Haji Daud diiringi oleh YBrs. Dr. Hj. Abu Bakar Zakaria, telah menyampaikan bantuan kepada 14 orang staf PHT yang terkesan akibat banjir di beberapa tempat terutamanya di sekitar Hulu Terengganu, Setiu dan Kuala Terengganu. Bantuan yang disampaikan ini adalah sebahagian daripada Misi Bantuan Banjir POLYCC bersama Politeknik Hulu Terengganu.Bantuan ini telah diserahkan di perkarangan lobi PHT pada hari ini. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban staf PHT yang terkesan dengan musibah banjir.Terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan misi bantuan pada kali ini.