PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II: 2024/2025
- Details
- Webmaster
- Hits: 53






5.1.2025 - Pada 5 Januari 2025, Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah menerima kehadiran seramai 121 orang pelajar baharu yang mendaftar bagi Sesi II: 2024/2025. Pendaftaran berlangsung dengan lancar di Dewan Batu Bersurat, yang mana menandakan permulaan perjalanan akademik mereka di PHT.Pelajar-pelajar ini telah mendaftar dalam empat program utama yang ditawarkan, iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Resort, Diploma Pelancongan Rekreasi, dan Diploma Perakaunan. Selamat datang kepada semua pelajar baharu. Politeknik Hulu Terengganu mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan anda sepanjang tempoh pengajian di sini. Semoga pengalaman di PHT memberikan ilmu yang bermanfaat serta menjadi asas kukuh untuk masa depan anda.