PROGRAM SEDIKIT SAMA BERKONGSI
- Details
- Webmaster
- Hits: 11
10.3.2025 | Program Sedikit Sama Berkongsi
Kelab Sukan dan Kebajikan Staf (SUKEB) Politeknik Hulu Terengganu dengan kerjasama Puspanita PHT dan Koperasi PHT Berhad telah menyampaikan sumbangan Ramadan kepada semua kakitangan PHT, pekerja kebersihan dan serta pengawal keselamatan PHT. Sumbangan ini dinamakan 'Sedikit Sama Berkongsi' mengajak warga PHT mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan. Pengagihan sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azahan Hj Daud, Pengarah PHT. Turut hadir ialah Dr. Abu Bakar Zakaria (TPA), Encik Khairul Mohd Azemi (TPSA), Encik Zainol (Pengerusi Sukeb) dan Encik Fahimdin (Pengerusi Koperasi).