PEMINDAHAN PELAJAR PHT YANG TERJEJAS BANJIR UNTUK MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR
- Details
- Webmaster
- Hits: 54
1.12.2024 - Pada 30 November 2024, para pelajar Politeknik Hulu Terengganu (PHT) yang kediaman mereka di luar kampus telah ditenggelami air, termasuk di Kampung Basung dan Tengkawang, telah berjaya dipindahkan ke kampus PHT. Pemindahan ini dijalankan oleh pasukan Emergency Response Team (ERT),PHT diketuai oleh En. Ahmad Fuadi. Langkah ini diambil bagi memastikan pelajar dapat meneruskan sesi peperiksaan akhir sesi I: 2024/2025, yang telah bermula sejak Sabtu lalu, tanpa gangguan. Pihak pengurusan PHT komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa terjaga, terutama dalam keadaan bencana seperti ini. Semoga semua pelajar yang terlibat diberikan kekuatan dan kemudahan untuk terus fokus dalam menghadapi peperiksaan mereka. Sebarang info boleh rujuk media sosial PHT dari semasa ke semasa.