10.9.2024 - Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Kerjaya Murid @ SUKSES Peringkat Negeri Terengganu 2024 telah berlangsung dengan jayanya 10.9.2024 di Dewan Batu Bersurat, PHT. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)dan EISH Aghnia Global Resources (EAGR). Penganjuran karnival ini bertujuan untuk mempromosi serta menyebar luas maklumat terkini berkaitan peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada masyarakat setempat, khususnya para pelajar dan guru. Bertemakan konsep ‘one stop center’, program ini menyediakan ruang yang komprehensif bagi para pelajar dan guru mendapatkan maklumat terkini mengenai pelbagai peluang pendidikan tinggi dan kerjaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Terengganu, Tuan Haji Jelani Sulong. Turut hadir, Hj. Azahan Hj. Daud, Pengarah PHT. Karnival ini juga menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian laluan pembelajaran yang tersedia selepas tamat persekolahan.