MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI NEGERI TERENGGANU TAHUN 2024
- Details
- Webmaster
- Hits: 552
21.7.2024 - Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Terengganu telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang bagi meraikan pencapaian seramai 251 graduan yang menerima Diploma Politeknik dan 314 graduan yang menerima Sijil Kolej Komuniti. Majlis Konvokesyen kali ini menggabungkan POLYCC Negeri Terengganu iaitu Politeknik Hulu Terengganu, Politeknik Kuala Terengganu, Politeknik Besut Terengganu, Kolej Komuniti Terengganu, Kolej Komuniti Besut dan Kolej Komuniti Kemaman. Bagi Politeknik Hulu Terengganu seramai 51 orang graduan bersama diraikan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. "Graduan POLYCC Pemangkin Pembangunan TVET Negara" merupakan tema Majlis Konvokesyen kali ini seiring dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023 – 2035 dan Pemerkasaan Kolej Komuniti. Tema ini dipilih untuk mencerminkan peranan besar POLYCC dalam melahirkan graduan TVET yang bersedia menghadapi cabaran dunia digital dan industri. Dalam majlis konvokesyen kali ini, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail dalam ucapannya juga berkongsi perancangan masa terdekat untuk memeta masa depan TVET politeknik dan kolej komuniti. Fokus utama yang ditekankan adalah penguasaan teknologi seperti Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Blockchain, dan keselamatan siber; penawaran Micro-Credentials, serta penubuhan Pusat APEL.A di Politeknik Ungku Omar. Matlamat utama adalah untuk memastikan TVET politeknik dan kolej komuniti yang berkualiti, inklusif, dan saksama. Majlis ini pada akhirnya menandakan kejayaan besar bagi para graduan dan juga keseluruhan ekosistem pendidikan politeknik dan kolej komuniti di Negeri Terengganu. Tahniah kepada para graduan.