24.9.2025 | Majlis Konvokesyen PolyCC Zon Timur - Sidang 10
 
 
Hari ini 24 September 2025 telah berlangsung majlis tersebut dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Muktafi Billah Shah, UniSZA. Sidang 10 diraikan buat graduan PSMZA dan PHT. VVIP bagi sidang 10 ialah Dato' Seri Michael Teo, CEO PKT Logistik.
 
Suasana sarat dengan kegembiraan dan kebanggaan apabila para graduan diraikan atas kejayaan mereka menamatkan pengajian dengan jayanya, disaksikan oleh ahli keluarga, pensyarah serta rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan akademik mereka.
 
Detik bersejarah ini bukan sahaja meraikan pencapaian ilmu, tetapi juga menjadi simbol harapan kepada masa depan yang lebih cerah buat para graduan. Semoga segala ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara, seterusnya menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus melakar kejayaan.