FLAG OFF PASUKAN POLYCC SKILLS 2025
- Details
- Webmaster
- Hits: 58
8.9.2025 | Flag Off Pasukan Polyskills PHT
Majlis ringkas Flag Off Pasukan Polyskills PHT telah disempurnakan oleh YBrs. En. Ishamuddin Ishak, Pengarah PHT di perkarangan lobi blok pentadbiran. Acara ini menjadi simbolik pelepasan semangat juang dan suntikan motivasi kepada para peserta sebelum melangkah ke medan pertandingan.
Penganjuran Polyskills bertempat di Polimas, Kedah bermula 8-11 September 2025. Turut sama di majlis pelepasan ialah Encik Khairul Mohd Azemi, Timbalan Pengarah PHT dan beberapa barisan Pengurusan PHT.
Dengan iringan doa dan sokongan padu seluruh warga PHT, diharapkan pasukan Polyskills PHT dapat mengharumkan nama institusi serta membuktikan keupayaan dalam mencipta kejayaan yang membanggakan. Semoga terus maju dan gemilang!