16.7.2024 - Seramai 126 orang warga Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Kelantan dan Terengganu termasuk 7 orang warga kerja PHT telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 di Dewan Batu Bersurat Politeknik Hulu Terengganu. Penganugerahan APC ini merupakan satu medium untuk menghargai sebahagian daripada warga POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang di sepanjang tahun 2023 yang lalu.
Majlis APC Tahun 2023 ini telah disempurnakan oleh Ts. Zulkurnain bin Shahadan, Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK). Haji Mohd Rusmi Abdul Ghani, Timbalan Pengerusi PolyCC Zon Kelantan dan Terengganu merangkap Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu turut menyampaikan kata aluan pada majlis kali ini. Ts. Zulkurnain bin Shahadan merakamkan penghargaan kepada seluruh warga POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu agar penganugerahan ini dapat menyuntik semangat dan menjadi inspirasi kepada warga POLYCC yang lain untuk lebih beriltizam serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua. Turut hadir En. Muhammad Fahmi Md. Sabri selaku tuan rumah program APC kali ini serta pengarah-pengarah POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga terus kekal cemerlang.