30.4.2024 - Kunjungan Prof. Madya Dr. Johan Afendi Ibrahim, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM)ke Politeknik Hulu Terengganu telah dijalankan pada 30.4.2024. Pelbagai perkongsian telah diutarakan antaranya berkaitan peluang dan jalinan kerjasama bagi pelajar dan juga staf PHT. Turut hadir Pengarah PHT, Haji Azahan Haji Daud, Dr. Haji Abu Bakar Zakaria, Timbalan Pengarah Akademik. Terima kasih di atas jalinan kerjasama ini semoga ia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.