24.1.2024 - Lawatan Kunjungan Hormat Ketua Polis Hulu Terengganu, YDH DSP Zainul Mujahidin bin Mat Yudin, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu ke Politeknik Hulu Terengganu telah diadakan pada 24.1.2024.
Lawatan ini telah diraikan oleh Hj. Azahan Hj. Daud, Pengarah PHT dan pengurusan tertinggi PHT. Lawatan ini juga adalah untuk memperkukuh kerjasama antara PHT dan PDRM Hulu Terengganu dalam merancang strategi komunikasi yang berkesan melalui maklumat yang disalurkan pada masa akan datang.