31.1.2024 - Perbincangan kumpulan fokus untuk projek akhir, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti tahun Sesi II: 2023/2024 Politeknik Hulu Terengganu(PHT) bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(KETENGAH) telah diadakan pada 30.1.2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Harmoni, PHT. Perbincangan ini telah diketuai oleh Pengarah PHT, Hj.Azahan Hj.Daud manakala pihak KETENGAH diketuai oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan Korporat. Ia dianjurkan bagi membincangkan kajian yang bersesuaian yang boleh dilakukan oleh PHT dalam membantu pihak KETENGAH membangunkan destinasi pelancongan khususnya Tasik Kenyir. Semoga perbincangan ini dapat menyelesaikan isu-isu yang berbangkit serta dapat mempromosikan lagi Tasik Kenyir kepada pelancong dalam dan luar.