KESELAMATAN KAMPUS PHT
- Details
- Webmaster
- Hits: 435
1.1.2024 - Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, Hj. Azahan Hj. Daud telah menyaksikan penyerahan tugas kawalan keselamatan kampus PHT dari pasukan RELA kepada T.S Sidi Guardforce Sdn.Bhd bermula 1.1.2024. Turut hadir ahli jawatankuasa Unit Keselamatan Kampus PHT. Syarikat keselamatan ini akan bertanggungjwab dalam segala aspek berkaitan keselamatan kampus serta dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan kampus PHT. Semoga suasana kampus PHT tahun 2024 akan lebih harmoni dan aman. Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama.