LAWATAN AKREDITASI PENUH MQA02 DHR DAN DRT
- Details
- Webmaster
- Hits: 524
30.4.2024 - Telah berlangsung Lawatan Akreditasi Penuh (MQA02) bagi Program Diploma Pengurusan Resort (DHR) dan Diploma Pelancongan Rekreasi ( DRT)Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti pada 29-30 April 2024. Lawatan ini telah melibatkan beberapa orang panel untuk program DHR iaitu Dr. Ahmad Esa Bin Abdul Rahman, Dr. Siti Noormala binti Jailani dan Puan Aifa Hazwani binti Ariffin (Pegawai MQA) manakala untuk program DRT iaitu Dr. Fauzi Mokhtar, Puan Nor Azah Mustapha dan Puan Noor Shazrina binti Mohd. Sarif (Pegawai MQA). Audit ini telah melibatkan Pihak Pengurusan, Jabatan dan Unit yang mana antaranya melibatkan ketua jabatan, ketua program, semua pensyarah JPH, Majlis Perwakilan Pelajar dan pelajar DHR dan DRT dalam sesi temubual bersama panel tersebut. Lawatan ini juga telah melibatkan lawatan fasiliti antaranya Training Restaurant,Spa, Kelah Education and Training Center, Tourism Recreation Center, Makmal Komputer dan Bilik Kuliah. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menilai PdP dan semua aktiviti lain memenuhi keperluan MQF dan menepati standard kualiti dalam kod amalan Akreditasi Program dan dasar-dasar semasa jaminan kualiti pendidikan tinggi.