31.12.2023 - Perhimpunan bulanan staf PHT telah diadakan pada 31.12.2023 di Mini Auditorium Pintar PHT, anjuran Jabatan Perdagangan merupakan perhimpunan penutup buat warga kerja PHT untuk tahun 2023. Beberapa pengisian telah diadakan antaranya program dimulakan dengan bacaan doa dan ikrar serta nyanyian lagu kebangsaan oleh warga kerja. Program kemudian diteruskan dengan amanat Pengarah PHT, Hj. Azahan Hj. Daud seterusnya juga penyampaian sumbangan dari SUKEB kepada warga kerja PHT yang ditimpa musibah. Turut diraikan warga kerja PHT yang menyambut hari lahir pada bulan September hingga Disember . Selamat Hari Lahir diucapkan.