3.2.2024 - Kira-kira 50 orang pelajar baharu telah mendaftar masuk ke Politeknik Hulu Terengganu pada 3.2.2024 bagi sesi pengajian II 2023/2024. 600 orang pelajar senior juga turut mendaftar masuk kamsis pada hari yang sama. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan diselia oleh Unit Hal Ehwal Pelajar, PHT serta mendapat kerjasama daripada penasihat akademik dan pihak KAMSIS PHT. Pelajar baharu telah akan mengikuti program Minggu Transformasi Siswa secara dalam talian pada 28.2.2024 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada para pelajar baharu dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar.