PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2025 DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT PHT
- Details
- Webmaster
- Hits: 66
27.8.2025 | Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2025 & Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat PHT
Majlis tersebut telah berlangsung dengan penuh semarak pada 26 Ogos 2025 bertempat di Dewan Auditorium PHT. Program ini menghimpunkan seluruh warga PHT dalam suasana kebersamaan bagi memperkukuh nilai integriti, disiplin, serta komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah PHT, Encik Ishamuddin Ishak. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Abu Bakar Zakaria. Perhimpunan ini turut menjadi wadah untuk menyampaikan amanat kepimpinan serta menghargai usaha dan pencapaian warga kerja dalam menyokong visi dan misi organisasi.
Majlis turut diserikan dengan Sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan secara meriah dan penuh makna sebagai tanda penghormatan kepada perjuangan tokoh terdahulu serta semangat patriotisme yang tidak pernah luntur. Pelbagai pengisian menarik dilaksanakan, antaranya nyanyian lagu patriotik dan pengibaran Jalur Gemilang yang mencetuskan suasana penuh bangga dan cinta kepada negara.
Sambutan ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah antara warga PHT tetapi juga meniup semangat perpaduan serta kecintaan terhadap tanah air tercinta.