21.12.2022 - Sumbangan barangan keperluan harian dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diserahkan oleh Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, YBrs. Tn. Hj. Azahan Haji Daud kepada empat lagi pekerja kebersihan PHT yang mana turut terkesan dengan banjir yang melanda Daerah Hulu Terengganu hari ini.Antara barangan yang telah diserahkan ialah toto, tikar, tuala, kain pelikat dan kain batik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JKM di atas sumbangan yang telah diberikan.