20.09.2021- Ucapan Pengarah PHT Kepada Pelajar Baharu Sesi 1 2021/2022

Minggu Transformasi Siswa Sesi 1 2021/ 2022 bermula pada hari ini melibatkan 140 orang pelajar dari empat kursus iaitu Diploma Akauntansi, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Resort dan Diploma Pelancongan Rekreasi.
Selamat datang kepada semua pelajar baharu. Semoga amanat yang telah diberikan dapat dijadikan panduan kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan di kampus dalam norma baharu ini. Minggu Transformasi Siswa Sesi 1 2021/ 2022 telah dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar PHT, En. Yusof Yaacob dan En. Azmi Ismail serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dipimpin oleh Penasihat MPP, Pn. Herdayanty Abdul Vziz. Terima kasih diucapkan.