09.8.2021 - PROGRAM KEMPEN PHT BUMI HIJAU

Pelaksanaan Program Kempen Bumi Hijau telah diadakan di Politeknik Hulu Terengganu dengan rasminya pada hari ini. Melalui kempen ini 90 anak pokok telah ditanam di sekitar kediaman PHT. Pelancaran kempen ini juga telah dilaksanakan secara serentak pada pagi ini sebelum proses penanaman anak pokok bermula dan dirasmikan oleh Pengarah PHT, YBrs. Tn. Hj. Wan Mohd Hujjatullah bin Wan Ghazali, A.N.S. Turut hadir, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Hj Abu Bakar Zakaria selaku pengarah program, Pn. Wan Norliana Wan Sulong, Timbalan Pengarah Akademik PHT serta AJK Polygreen diketuai oleh Pn. Dina Abdul Khalik.

Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua warga kerja PHT mengenai pentingnya kawasan hijau untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti di PHT. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis anak pokok antaranya durian, durian belanda, kelapa, rambutan dan mangga.

#politeknikhuluterengganu
#politeknikmalaysia
#phtleadsyourfuture
#imtvet