16.3.2022 - Sumbangan Bantuan Banjir Kepada Staf PHT Yang Terkesan
 
Bertempat di lobi Politeknik Hulu Terengganu, Pengarah PHT, Hj Azahan Haji Daud, diiringi oleh Timbalan Pengarah Akademik, Pn Wan Norliana Wan Sulong dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Hj Abu Bakar Zakaria, telah menyerahkan sumbangan bantuan banjir daripada warga POLYCC kepada warga Politeknik Hulu Terengganu yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.
Sumbangan ini adalah salah satu tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial warga POLYCC kepada kakitangan akademik dan sokongan akademik PHT yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda baru-baru ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang iaitu warga POLYCC.