CSR PHT PASCA BANJIR
- Details
- Webmaster
- Hits: 404





2.3.2022 - CSR PHT Pasca Banjir
Sukarelawan dari Kelab Kebajikan Sukan Staf telah membantu warga kerja PHT yang terlibat dengan banjir. Para sukarelawan telah membersihkan dua buah rumah yang terjejas teruk akibat lumpur banjir iaitu rumah En. Isa Ahmad dan En. Mohamad Sulaiman di Kg. Sekayu. Turut hadir Pengarah PHT, Hj. Azahan Hj. Daud serta Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Hj. Abu Bakar Zakaria. Puspanita dan Kelab Kebajikan dan Sukan Staf PHT juga telah meneruskan program CSR Misi Prihatin (Bantuan Banjir) kepada staf PHT yang terkesan akibat banjir hari ini di Kuala Berang,Hulu Terengganu. Sumbangan dan bantuan pembersihan rumah kepada staf tersebut telah diketuai oleh Timbalan Pengerusi Puspanita PHT, Pn. Wan Norliana Wan Sulong bersama-sama jawatankuasa Puspanita dan KESUKES yang lain. Terima kasih diucapkan.