20.8.2023 - Selamat datang Pelajar Baharu Sesi 1 2023/2024 ke PHT. Politeknik Hulu Terengganu pada hari ini telah menerima kehadiran pelajar baharu bagi proses pendaftaran Sesi baharu Sesi 1 2023/2024. Terima kasih diucapkan kepada semua warga PHT yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung yang mana telah bertungkus lumus dalam memastikan proses pendaftaran kali ini berjalan dengan lancar. Selamat datang ke Politeknik Hulu Terengganu diucapkan kepada semua pelajar baharu dan tahniah diucapkan kerana anda merupakan sebahagian daripada puluhan ribu calon yang telah terpilih untuk menyambung pengajian di Politeknik Malaysia. Disamping itu, taklimat bersama ibu bapa pelajar baharu telah diadakan pada jam 12.30 tengahari bertempat di Dewan Batu Bersurat, Politeknik Hulu Terengganu. Pengarah PHT, Hj. Azahan Hj. Daud telah menyampaikan taklimat kepada ibu bapa yang hadir menghantar anak menyambung pelajaran di PHT. Taklimat ini bertujuan bagi menyampaikan maklumat berkenaan PHT dan disamping itu menjawab persoalan yang diajukan oleh ibu bapa atau waris pelajar. Turut hadir ke taklimat tersebut Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Abdullah @Mat Yusof bin Yaacob serta ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua Unit di PHT.