18.7.2023 - MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2022 POLYCC ZON KELANTAN DAN TERENGGANU. Seramai 128 orang warga Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Kelantan dan Terengganu telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022. Penganugerahan APC ini merupakan satu medium untuk menghargai sebahagian daripada warga POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang di sepanjang tahun 2022 yang lalu. Majlis APC Tahun 2022 ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Tn.Hj. Kamaludin bin Daud bertempat di Dewan Batu Bersurat, Politeknik Hulu Terengganu. Tn.Hj Kamaludin Daud merakamkan penghargaan kepada seluruh warga POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu yang telah menggalas amanah dan tanggungjawab untuk terus meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang, seterusnya menjadi mentor terbaik kepada rakan sekerja. Turut hadir Pengerusi POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu, Gs. Sr Hj Fikri Ismail, Hj. Azahan Hj. Daud selaku tuan rumah program APC kali ini serta pengarah-pengarah POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga terus kekal cemerlang.