27.9.2022 - Majlis Perasmian Penutup English Power Up telah dirasmikan oleh YBrs. Tn. Hj. Azahan bin Haji Daud, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu. Turut hadir YBrs. Ustaz Abdul Halim Bin Wahab dari Madrasah Darul Ansar, Kg. Basung. Tahniah kepada urusetia program, Jabatan Pengajian Am dan ULPL PHT di atas kesungguhan dan inisiatif dalam menganjurkan program yang mana dapat membantu komuniti setempat. Tahniah juga kepada para peserta, pelajar Madrasah Darul Ansar, yang telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang program. Tahniah dan terima kasih juga kepada pelajar merangkap fasilitator program yang membantu menjayakan program ini. Tahniah kepada semua peserta.