16.10.2025 | Kursus Kepimpinan Pengarah Politeknik Siri 1/2025
 
 
Kursus Kepimpinan Pengarah Politeknik Siri 1/2025 telah berlangsung pada 14-16 Oktober 2025 dengan tema “Melahirkan Pengarah Idola, Politeknik Maju Cemerlang”. Kursus anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik Hulu Terengganu (PHT) ini telah berlangsung penuh bersemangat dan bermakna.
 
Program ini menghimpunkan barisan pengarah politeknik seluruh negara bagi memperkukuh nilai kepimpinan strategik, menjulang budaya kerja berprestasi tinggi serta membina hala tuju kepimpinan berwawasan demi kecemerlangan institusi Politeknik Malaysia.
 
Melalui kursus ini, para pengarah diberi ruang untuk berkongsi pandangan, memperkasa jaringan kolaborasi dan memperkukuh iltizam dalam merealisasikan visi JPPKK ke arah pendidikan TVET yang unggul dan berimpak tinggi. Semoga penganjuran siri pertama ini menjadi pemangkin lahirnya kepimpinan idola yang mampu memacu Politeknik Malaysia ke arah kecemerlangan yang berterusan.
 
#ukkpht