Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UIDM)
- Details
- Webmaster
- Hits: 1325
Pengenalan
Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UIDM) adalah satu unit yang bertanggungjawab mengumpul, menyimpan dan menyebarkan bahan multimedia untuk semua aktiviti yang dijalankan di politeknik. Semenjak awal penubuhan PHT sehingga tahun 2008, UIDM telah menyimpan segala rekod aktiviti yang telah dijalankan dalam bentuk gambar/imej dan video. Untuk melaksanakan tugas-tugas berkenaan, UIDM mempunyai beberapa peralatan seperti kamera video (HD), LCD projector, kamera DSLR dan PA sistem.
Objektif
- Mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran membimbing pensyarah mengunakan teknologi multimedia
- Menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif
- Mewujudkan budaya penggunaan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
- Mempertingkatkan kualiti pendidikan teknikal di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.