3 MAC 2026 | MAJLIS AGIHAN SUMBANGAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN STAF PHT
- Details
- Webmaster
- Hits: 55
3.3.2026 | Majlis Agihan Sumbangan Kelab Sukan & Kebajikan Staf (SUKEB) PHT
Telah berlangsung dengan penuh rasa syukur dan kebersamaan pada 3 Mac 2026. Inisiatif murni ini merupakan tanda keprihatinan dan solidariti antara warga kerja, dalam menyantuni kebajikan seluruh warga PHT tanpa mengira jawatan dan peranan. Suasana majlis yang sederhana namun bermakna jelas memperlihatkan semangat ukhuwah serta nilai kasih sayang yang menjadi teras budaya kerja di PHT.
Penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. En. Ishamuddin Ishak, Pengarah PHT. Diiringi oleh En. Amirul Farhan, Pengerusi Kelab SUKEB. Turut sama ialah En. Khairul Mohd Azemi, Timbalan Pengarah PHT.
Semoga sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban serta menyuntik semangat kepada semua penerima, khususnya dalam menjalani tanggungjawab harian dengan lebih dedikasi dan cemerlang. Diharapkan usaha kebajikan seperti ini akan terus diperkasakan demi memupuk persekitaran kerja yang harmoni, sejahtera dan diberkati.

