18 OGOS 2026 | SEMINAR ESG 2026 - “PEMERKASAAN DIRI, KUASA DI TANGAN ANDA”
- Details
- Webmaster
- Hits: 14
18.8.2026 | SEMINAR ESG 2026 - “PEMERKASAAN DIRI, KUASA DI TANGAN ANDA”
Telah berlangsung dengan penuh jayanya Program Seminar ESG 2026 pada 18 Ogos 2026 bertempat di Dewan Batu Bersurat, Politeknik Hulu Terengganu (PHT). Mengangkat tema “Pemerkasaan Diri, Kuasa Di Tangan Anda”, program ini menjadi platform untuk menyemarakkan kesedaran, membina jati diri serta memperkukuh kefahaman warga PHT terhadap kepentingan kelestarian, tanggungjawab sosial dan tadbir urus yang berintegriti.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Zillatulikrom bin Tamat, Pengurus Besar (Retail & Stakeholders), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Terengganu. Turut hadir sebagai tuan rumah mewakili tuan Pengarah PHT ialah Encik Khairul Mohd Azemi, Timbalan Pengarah PHT dan Puan Norimah Annuar @ Mohd Tahir, Timbalan Pengarah Akademik PHT, yang bersama-sama memberikan sokongan terhadap usaha memperkasa warga PHT melalui penerapan nilai ESG dalam kehidupan dan persekitaran organisasi.
Semoga Seminar ESG 2026 terus menjadi pemangkin kepada pembentukan warga PHT yang lebih berdaya saing, berintegriti, bertanggungjawab dan cakna terhadap kelestarian. Sesungguhnya, perubahan bermula daripada diri sendiri—apabila diri diperkasa, potensi digerakkan; apabila kuasa berada di tangan kita, masa depan mampu kita corakkan.

