11.8.2026 | Program Jom Derma Darah @PHT
 
Dengan penuh semangat kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap sesama insan, Program Jom Derma Darah @PHT telah berlangsung pada 11 Ogos 2026 (Selasa) di Politeknik Hulu Terengganu (PHT). Program ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu Dan Unit Komunikasi Korporat, PHT sebagai usaha murni menyemarakkan budaya pendermaan darah dalam kalangan warga PHT.
 
Setitis darah yang disumbangkan mungkin kelihatan kecil nilainya, namun amat besar maknanya kepada mereka yang memerlukan. Setiap penderma yang tampil bukan sekadar menyumbangkan darah, malah menyumbangkan harapan, peluang dan kehidupan kepada insan yang sedang berjuang. Inilah manifestasi kasih sayang dan solidariti kemanusiaan yang tidak ternilai.
 
Pengarah PHT, Tuan Haji Ishamuddin Haji Ishak turut turun padang meluang masa menyantuni dan melihat sendiri penyumbang-penyumbang darah yang terdiri daripada pelajar dan staf PHT.
 
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga PHT yang telah tampil sebagai penderma serta kepada Unit Transfusi Darah HSNZ atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha murni ini terus menjadi wadah menyuburkan semangat “Derma Darah, Selamatkan Nyawa” dalam kalangan warga Politeknik Hulu Terengganu.