18.12.2025 | Majlis Perhimpunan Bulanan Disember 2025
 
 
Majlis yang menjadi rutin bulanan kali ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Am, Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Disember 2025 dalam suasana penuh tertib dan bermakna. Perhimpunan ini menjadi wadah memperkukuh ukhuwwah warga PHT di samping menyemarakkan semangat kebersamaan menjelang penutup tirai tahun 2025.
 
Majlis ini turut menjadi platform penyampaian amanat, perkongsian maklumat serta peneguhan nilai profesionalisme dan integriti dalam kalangan warga kerja.
Amanat telah disampaikan oleh YBrs. En. Ishamuddin Ishak, Pengarah PHT. Turut hadir ialah kedua-dua timbalan beliau iaitu Dr. Abu Bakar Zakaria (TPA) dan Encik Khairul Mohd Azemi (TPSA). Setiap pengisian yang disampaikan mencerminkan komitmen Jabatan Pengajian Am dalam membudayakan kecemerlangan berteraskan ilmu, adab dan nilai murni.
 
Turut diselitkan penyampaian hadian bagi acara-acara sukan, pertandingan mengail dan juga bowling SUGIS 2.0 yang berlangsung pada minggu ini.
Semoga perhimpunan ini terus menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang harmoni, produktif dan berdaya saing, seiring aspirasi PHT melahirkan warga pendidik dan pentadbir yang berwibawa serta berjiwa besar demi kecemerlangan institusi dan negara.