16.12.2025 | PROGRAM SUKEB GAYA HIDUP SIHAT (SUGIS 2.0)
- Details
- Webmaster
- Hits: 46


16.12.2025 | Program SUKEB Gaya Hidup Sihat (SUGIS 2.0)
Telah berlangsung program tersebut hari ini yang telah mencetuskan gelombang kesedaran baharu tentang kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PHT. Program anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Staf PHT itu bukan sekadar aktiviti fizikal, bahkan menjadi platform menyemai budaya kesejahteraan holistik merangkumi aspek jasmani, emosi dan mental selari dengan aspirasi pembentukan komuniti kampus yang seimbang dan berdaya tahan.
Pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat telah dilaksanakan sepanjang program, termasuk aktiviti kecergasan, sukaneka yang melihatkan penglibatan aktif warga PHT serta mempamerkan semangat kebersamaan dan komitmen terhadap amalan hidup sihat. Kehadiran dan penyertaan yang memberangsangkan membuktikan bahawa usaha memupuk gaya hidup sihat mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan persekitaran kerja dan pembelajaran yang lebih produktif serta harmoni.
Turut sama ialah Pengarah PHT, Encik Ishamuddin Ishak dan Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Abu Bakar Zakaria.
SUGIS 2.0 menjadi pencetus kepada kesinambungan amalan gaya hidup sihat secara berterusan dalam kalangan warga PHT. Semoga program seumpama ini terus diperkasa sebagai agenda tahunan yang bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah mengukuhkan ukhuwah, meningkatkan kualiti kehidupan serta menyokong pembangunan modal insan yang cemerlang dan sejahtera.

